Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2022

PENGERTIAN ISTIAZAH

Imej
Istiazah Istiazah dikenali sebagai taawuz (تَعَوُّذ) Lafaz istiazah Terjemahan : Aku memohon perlindungan kepada Allah daripada Syaitan yang direjam. Hukum Membaca Taawuz Hukum membaca istiazah ialah sunat muakkad ketika di awal dan pertengahan surah. Dalil Naqli Terjemahan : Apabila kamu membaca al-quran, hendaklah kamu memohon perlindungan kepada allah daripada syaitan yang direjam. Surah An-Nahl:98 Adakah anak-anak murid Ustazah faham? Jom dengar penjelasan topik ini daripada Ustazah Sarah! Sebarang persoalan, boleh letakkan di ruang ulasan😊 DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 2 (PQ) SITI SARAH UMAIRAH BINTI SAAFI (17073589/2)(IIN180037)

PENGERTIAN BASMALAH

Imej
BASMALAH Maksudnya: "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang." Pengertian Basmalah Basmalah ialah membaca lafaz بسم الله الرحمن الرحيم di awal surah atau di tengah-tengah surah ketika hendak memulakan bacaan setelah membaca istiazah. Hukum Membaca Basmalah Hukum membaca basmalah di permulaan bacaan setiap surah adalah sunat muakad (amat dituntut) kecuali surah al-Fatihah yang wajib dibaca basmalah pada permulaannya mengikut pendapat Imam Asy-Syafie. Pada surah at-Taubah pula dilarang membaca basmalah pada permulaannya. Sabda Rasulullah SAW كُلُّ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لَا يُبْدَأُ فِيهِ بِبِسْمِ اللهِ الرَحْمَنِ الرَّحِيمِ أَقْطَعُ كُلُّ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لَا يُبْدَأُ فِيهِ بِبِسْمِ اللهِ الرَحْمَنِ الرَّحِيمِ فهو أَبْتَرْ أَوْ أَجْزَمْ Maksudnya: "Setiap perkara yang tidak dimulai dengan بسم الله الرحمن الرحيم, maka ia terputus keberkatannya." Adakah

PENGERTIAN SURAH

Imej
Apakah yang dimaksudkan dengan Surah? Surah bermaksud kumpulan ayat al-Quran yang mempunyai permulaan dan kesudahan . Sebagai contoh, sekumpulan ayat yang dinamakan surah An-Nas, surah Al-Baqarah dan seterusnya. Jumlah surah yang terdapat di dalam Al-Quran adalah 114, yang mana nama-nama dan had bagi setiap surah serta susunan ayat itu sendiri adalah menurut ketentuan yang telah ditetapkan dari Allah dan diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 2 (PQ) NURUL AMALIA BT ASHAT (17078528/2)(IIN180028)

CARA MEMBACA ISTIAZAH

Imej
Terdapat dua cara membaca istiazah: 1) Dinyaringkan bacaan isti'azah 2) Diperlahankan bacaan isti'azah ➤Isti'azah hendaklah dibaca dengan suara yang nyaring ketika dalam majlis keagamaan, majlis tilawah al-Quran, semasa belajar dan sebagainya ➤Isti'azah hendaklah dibaca dengan suara yang perlahan ketika di dalam solat, sewaktu bersendirian dan sebagainya DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 2 (PQ) NURUL AMALIA BT ASHAT (17078528/2)(IIN180028)

KAEDAH MEMBACA ISTIAZAH, BASMALAH DAN SURAH

Terdapat 4 kaedah membaca istiazah, Basmalah dan awal surah :-  1.      Qath'ul Jami' : Diputus seluruhnya. Berhenti pada akhir istiazah dan pada akhir basmalah kemudian diikuti dengan   awal   surah ( Membaca satu persatu ).                                                                                                                                               Contoh :-       .أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ  .بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ  .قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ   2.      Washlul Basmalah Bi as-Surah : Basmalah disambung dengan awal surah. Berhenti pada akhir istiazah kemudian menyambung   basmalah dengan awal surah.  Contoh :-  .أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ  .بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ .  3.      Washlul Istiazah Bil Basmalah : Istiazah disambung dengan basmalah.   Menyambung istiazah dengan basmalah sahaja, kemudian   berhenti. Seterusnya memulakan awal surah.   

KAEDAH MEMBACA BASMALAH DI ANTARA 2 SURAH

  Terdapat 3 kaedah yang diharuskan dalam membaca basmalah diantara 2 surah iaitu :- 1.  Berhenti di akhir surah yang pertama dan berhenti     pula akhir basmaalah, kemudian membaca surah kedua dengan nafas baru.       (surah) ------ (basmalah) ------ (surah) 2.      Berhenti di akhir yang pertama, kemudian menyambung bacaan basmalah dengan awal surah yang kedua.   (surah) ------ (basmalah) (surah)    3.      Menyambung terus semua akhir surah yang pertama dengan bacaan basmalah dan awal surah yang kedua.   (surah) (basmalah) (surah) Terdapat 1 kaedah yang tidak diharuskan dalam membaca basmalah diantara 2 surah :-  1.        Menyambung akhir surah yang pertama dengan bacaan basmalah dan berhenti di akhir basmalah. Kemudian, membaca surah kedua dengan nafas yang baru.   (surah) (basmalah) -------- (surah) DISEDIAKAN OLEH : KUMPULAN 2 PQ SITI KHADIJAH BT MOHD SALIM (17170357/2) / (IIN180035)

SESI PENILAIAN

Imej
Haa! sebelum kita mulakan sesi penilaian, apa kata kita imbas kembali apa yang telah dipelajari. Jom kita tonton video menarik ini! Jadi, kamu semua dah tonton kan video menarik di atas tadi...Jadi sekarang mari kita uji kefahaman anda semua dengan menjawab kuiz di bawah ini. Selamat menjawab semua! DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 2 (PQ) SITI NURFARAH DIYANA BINTI SYAIFUL NIZAM (17070239/2)(IIN180036)