PENGERTIAN BASMALAH

BASMALAH

Lafaz Basmalah

Maksudnya: "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang."

Pengertian Basmalah

Basmalah ialah membaca lafaz بسم الله الرحمن الرحيم di awal surah atau di tengah-tengah surah ketika hendak memulakan bacaan setelah membaca istiazah.

Hukum Membaca Basmalah

Hukum membaca basmalah di permulaan bacaan setiap surah adalah sunat muakad (amat dituntut) kecuali surah al-Fatihah yang wajib dibaca basmalah pada permulaannya mengikut pendapat Imam Asy-Syafie. Pada surah at-Taubah pula dilarang membaca basmalah pada permulaannya.

Sabda Rasulullah SAW

كُلُّ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لَا يُبْدَأُ فِيهِ بِبِسْمِ اللهِ الرَحْمَنِ الرَّحِيمِ أَقْطَعُ
كُلُّ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لَا يُبْدَأُ فِيهِ بِبِسْمِ اللهِ الرَحْمَنِ الرَّحِيمِ فهو أَبْتَرْ أَوْ أَجْزَمْ

Maksudnya: "Setiap perkara yang tidak dimulai dengan بسم الله الرحمن الرحيم, maka ia terputus keberkatannya."

Adakah murid-murid faham? Jom dengar penjelasan topik ini daripada Ustazah Farhah!



DISEDIAKAN OLEH:

KUMPULAN 2 (PQ)
NOOR NASRIN FARHAH BINTI SURIF (17195031/2)(IIN180020)

Ulasan

  1. Salam Ustazah, nak tanya, kenapa kita dilarang membaca basmalah pada awal surah at-Taubah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Membaca lafaz Basmalah ketika hendak memulakan surah al-Taubah adalah tidak dituntut oleh syarak kerana tidak ditulis padanya di dalam al-Quran. Selain itu, sebab diturunkan surah ini bertujuan untuk peperangan dan lafaz Basmalah merupakan lafaz rahmah. Oleh itu, tidak sepatutnya dihimpunkan kedua-dua di dalam satu masa yang sama. Justeru sebaiknya kita disarankan membaca lafaz Ta’awuz pada permulaan bacaan surah al-Taubah.

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KAEDAH MEMBACA ISTIAZAH, BASMALAH DAN SURAH

CARA MEMBACA ISTIAZAH

PENGERTIAN ISTIAZAH